Tuesday 6 January 2015

Sukan Tadika Akif Danish

Sukan Tadika Pasti Akif
9.00 pagi -  3.00 Petang
Padang Batu 14, Hulu Langat

Hari ini nk cerita pasal anak-anak plak..Semalam tadika Akif buat sukan tahunan.. Akif dah excited cerita dari 2 minggu lepas dah. Sebelum exam akhir tahun lagi. Lepas exam hari tu dah sibuk buat latihan sukan..hehe. Akif apa benda pun semua dia excited lebih..mama yer kan je lahh..

Sukan akif bermula pukul 9.00 pagi sampai tengahari. Acara tak banyak pun tapi biasa ler dengan budak2 ni kan..banyak kerenah..ada jugak yang nangis termasuk le akif..

Acara yang akif masuk adalah acara susun tin. Ikutkan sekolah Akif dapat no. 3.. tapi entahla boleh plak cikgu tersepak masa nak tarik murid last pergi ke garisan penamat..habis tin2 tu jatuh balik..tapi cikgu tak ambil kira tu.. mungkin tak ada rezeki Akif dan kawan2..tak pe le next time sukan kiter try lagi yer..tp kat sekolah pra baru Akif ler...

Tapi yang tak bestnya padang tu basah.. tau le budak2 ni memang suka main ngan becak air.. tapi mama & babah memang biarkan jerrr bukan selalu kan. Zaman kanak-kanak sekali jer kan.. takkan lah nak tahan2.  anak nak buat apa2 yang diorang sukakan..asalkan kita sentiasa pantau mereka. Kita dulu pun mcam tu jugak kan?? hehe..

Tapi bila tengok balik kasut & baju sekolah..hahaha..rasa nak pengsan.. tak perrrr 'Daia' kan ada..

Selain dari acara sukan ada booth-booth dan acara yang dibuka antaranya adalah :


  • Pemeriksaan kesihatan
  • Jualan air dan makanan
  • Booth & acara gusti lengan
  • gelongsor angin kanak-kanak
  • Booth & acara memanah


Sempat le mama buat check up gula dalam darah, tekanan darah. Alhamdullillah ok cuma tekanan darah rendah sikit..

Jom layan gambar akif >>

 Tu dia anak mama dah start lari..

Susun jangan tak susun..Masa ni mama pun jerit sebut nama 
Akif..akif..akiff!! Cepatttt!!

dahhh..dahh.. pegi patah balik.. laju juga Akif lari ni..hehe


Akif dan kawan-kawan

Jom ke Discovria Avenue K..tengok Dinasour!!

Cuti sekolah kali ini berpeluang bawa anak-anak tengok dinasour. Punyalah excited budak-budak ni bila cakap nak pergi tengok dinasour. Tiap-tiap hari balik kerja mesti kira hari. Nampak sangat memang dah tak sabar dah. hehehe..

Ahad 31 Disember 2014 bawa anak-anak ke Avenur K.. Mama pun first time pergi sana. Rupanya tak jauh dari KLCC.. Bila dah sampai Akif macam biasa mmg tak sabar-sabar  nak masuk..tunggu jap Akif ambil tiket dulu..

Sebelum masuk ambil gambar dulu kat depan pintu masuk. Suka dengan pintu gerbang ni sebab diperbuat dari kayu pallet.. memang lama nak cari kayu ni sebab boleh buat macam-macam tau..Biasa kat kilang campak-campak je kat tepi jalan tapi semua nya yang buruk-buruk..  Kalau jumpa yang baru mau nak ambik jer dari reput kat tepi jalan.

 Takutnya...

 Bila dah masuk..semua kena pakai vest ala-ala forest ranger gitu... 
Lepas tu kiter tengok intro movie sikit...

 Aliah nak naik rock climbing nak ambil telur dinasour tapi x sampai-sampai.. separuh jalan jer.. gayattt. 
Akif tetiba jadi takut plak..

 Dinasour kejar kiter!! Larikkkk

 Paint ball..main tembak-tembak.. 

 Nampak tak cara akif  peluk dinasour tu sebenarnya dia takut duduk atas dinasour. 
Mula-mula masa masuk bukan berani sangat..pegang2 dinasour. tapi bila suruh naik atas dinasour takut plakkk...


Ada banyak lagi gambar boleh tengok kat blog babah http://redscarz.blogspot.com/2014/12/mengembara-ke-zaman-dinosaurs-discovria.html

Untuk parents di KL yang tak tau nak bawa anak cuti sekolah ke mana..Jom ke Discovria Avenue K.. Kalau biasa anak-anak tengok dalam buku atau tv je kan citer dinasour ni..kat sini mereka lebih dapat terokai dan mengenal dengan lebih dekat lagi apa itu Dinasour..






Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah bahagian di Malaysia Convention and Exhibition Bureau  (MyCEB), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 

Destination Malaysia adalah panduan kembara lengkap yang meliputi semua yang anda perlu tahu tentang pelancongan di Malaysia termasuklah pakej pelancongan, penginapan, tempat tumpuan pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi. 

Bagi yang mengutamakan teknologi di hujung jari, jangan lupa lawati laman sesawang:www.destinationmalaysia.my dan muat turun Aplikasi Telefon Bimbit; dalam IOS dan Android untuk tips pelancongan yang cepat dan mudah. Jangan lupa ikuti Laman Instagram: @DestinationMalaysia dan kongsikan gambar percutian anda dengan #DestinationMalaysia.

Monday 20 October 2014

Naib Juara Koir MAKSAK JPS Malaysia 2014

Kali ini anak-anak mama kena tinggal sebab mama kena pegi nyanyi Koir kt Kuantan, Pahang.. Sejak jadi artis ni mama bz le sgt sayang mama...sampai kat rumah pun nak practice nyanyi..masuk bilik nyanyi, masuk bilik air nyanyi, masuk dapur nyanyi..sampai anak2 mama pun dok ikut skali mama nyanyi.."Menceceh..menceceh...menceceh.." Hahaha... Tapi Alhamdulillah berkat doa dan nanyian kt ceruk2 mana pun team mama Desiran Harmoni dapat jadi Naib Juara untuk tahun ini...tq pada anak2 mama yang doakan mama walaupun kena tinggal ngan babah.

Kesian kt Akif demam pada hari mama pergi ke Pahang tu...Nasib baik ada babah bawak Akif g klinik.. & Akif pun dah sihat & happy macam biasa...dah siap boleh gayut2 kat taman..hehehe..

Yang paling mama happy bila Aliah cakap.."eee..mama dapat no. 2..Tahniah mama...!!" Terharu jerr rasa..

Jom layan gambar kawan-kawan mama masa pertandingan tu..

Lagu yang di nyanyikan adalah..

Jayakan Perkhidmatan Sempurna JPS..
Dirgarhayu Tanahairku
Menceceh - Bujang Lapuk

Posing kt stage dulu.."Kami Naib Juara..."







Bila lagi nak pegang trofi kan...sekali sekala..dah macam menang anugerah jerr..


Pentas RTM kuantan



Debaran kali kedua untuk next song lagu Menceceh...
Ambik ko bunga mekar setaman kt tepi kepala... hehe

Tuesday 5 August 2014

Jahit langsir rumah - Mood Turqoise kalerrr..

Mood Raya lagi...

Alhamdulillah lepas 2 minggu tertangguh jahit langsir sliding door rumah..semalam baru siap. sebelum ni siap satu jer... nak balik raya kampung ari tu langsir saya sebelah kaler lain2..hehe.. mmg target nak siapkan lps balik dari kampung.. Pilihan kali ini adalah warna Turqoise..tp tgk mcm nak kaler biru puna ada..x per lah yang penting siap

Seingat saya dah 3 kali tukar kaler langsir sliding door tu.. duduk situ pun dah 3 tahun. maknanya tiap2 tahun tukar langsir ye ler...tp tukar yang murah jer.. yg mahal masa mula2 masuk rumah baru. Lepas tu yang murah2 je sudahhh..tak nak membazir yang penting sedap mata memandang jerrr..

meh citer pasal langsir sliding door saya..



 mula2 masuk rumah langsir warna hijau olive + brown.. Mahal skit sebab kain mahal.
                      tempahan di Nagoya - Kos RM380++ x ingat dah..
Nasib baik rumah kecik jer..klau idok lagi tinggi kos nak tempah langsir..


2012- 2013 - langsir warna grey - tempah di Nagoya juga. semeter RM4.50.. cut cost..cut cost

ala-ala frozen gitu...


2013-2014 -  langsir warna turqoise - jahit sendiri 
                      kain semeter RM 3 jerr....bajet murah jerr
                      lagi..lagi cut cost..cut cost !! hehe..

Cantik tak?? Walapun herot benyot tp puas hati sebab jahit sendiri..
Saya budak baru nak belajar jahit..hehe

langsir korang mcm mana plak..jom share skit..

Thursday 10 July 2014

Tutorial bekas tisu mini comel...

Kali ini saya nk tunjukkan cara-cara membuat tisu case mini..ala tisu comel yang biasa kita guna & letak dalam handbag.

Sebenarnya tutorial ini telah pun keluar dalam Majalah Humairah bagi edisi Mei 2014 yang lepas. Alhamdullillah...dapat gak saya berkongsi cara-cara membuat tise case dengan pembaca.  Tapi majalah tu belum sampai lagi ke tangan saya...  Lepas ini bila dah dapat Majalah Humairah tu boleh lah masukkan dalam entry lain plak..

Jom kita tengok cara-cara membuat tisu case dengan mudah dan comel...Boleh buat untuk anak-anak dan sebagai hadiah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Gunting
  • Kain Felt berwarna warni
  • Jarum
  • Benang
  • Butang sebagai aksesori
  • Riben sebagai aksesori


1.   Potong kain felt berbentuk segi empat tepat dengan saiz mengikut ukuran tisu

2. Jahit keliling kiri dan kanan kain felt untuk kemasan. 
Jahitan boleh dibuat dengan jahitan tangan dan mesin


 3.   Gambar menunjukkan sisi kiri dan kanan kain felt yang telah dijahit.

 4.   Sambungkan hujung kiri dan kanan lain ke tengah seperi dalam gambar 
dan pinkan untuk kemasan

5.  Jahit  pula kiri dan kanan kain felt tersebut.

6.   Anda akan mendapat hasil seperti gambar di atas (bahagian dalam)

 7.   Terbalikkan kain felt yang dijahit tadi ke dalam dan anda akan dapat 
bahagian luar seperti dalam gambar.

 8. Bahagian belakang bekas tisu

9.   Hiaskan bahagian depan bekas tisu tersebut dengan bunga, butang dan riben
mengikut kreativiti anda.

 Taraaaa!..Hasil diy bekas tisu comel anda dah siap!! 
Boleh dijadikan hadiah untuk anak-anak bawa ke sekolah.

                                           Antara koleksi bekas tisu mini...Comel tak??






Tuesday 1 July 2014

Birthday Aliah - Tema Frozen Elsa

21 Jun 2014 (Sabtu) yang lepas harijadi Nur Aliah Nadhira yang ke 8 tahun..Mama doakan Aliah menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia & akhirat. Semoga sentiasa dilindungi oleh-Nya.. Mama & babah celebrate dengan buat besday party yg amat ringkas sekali untuk Aliah..asalkan Aliah happy..

Untuk besday kali ini mama decide nk buatkan tema Frozen dan memang itu request dari anak mama...So mama jahitkan DIY DRESS FROZEN -ELSA  special untuk anak dara mama..Aliah memang suke sangat dan nak tau takkk?? 3 hari berturut2 Aliah pakai kat rumah..hehe..punyer le suke.

Jom tengok gambar-gambar birthday party Aliah hari tu..jom..

 Dah namapun tema Frozen..kek pun harussss le FROZEN kannn..
Dalam coklat moist dilapisi cheese cream..& luar ditaburi cheese..beriakan mama...
tp mmg yummy...sedappp...


Tadaaaa...cantik tak mama kiter jahit baju Frozen Elsa...

 Jom tengok gaya Aliah dengan Baju frozen Elsa...


Sebelum majlis bermula kiter make up dulu..buat rambut macam Elsa..Dah macam pengantin anak mama..aduhaiii anak..

thanks to Mak Cik Hanim sudi layan Aliah sebab mama kat dapur tak sempat nak layan...





Sama tak? boleh le janji kaler dress tu sama kan..hehe




Goodies bagi kawan-kawan yg datang..suke kawan2 Aliah dapat cawan
balik rumah nanti terus minum guna cawan ni tau..

Sorry babah..mama curi gambar blog babah yer..hehe

Thursday 15 May 2014

Alhamdullillah Aliah dah sihat..

Hari ini Aliah dah start sekolah seperti biasa... Alhamdullillah Aliah tak mengadu sakit perut dah..syukur pada-Mu Ya Allah.. Seminggu Aliah sakit perut. Doktor lakukan X-Ray..mama risau sangat masa tu..Mama & babah tak putus-putus doakan Aliah agar tak ada apa-apa pada keputusan X-ray..

Lepas doktor buat 2 kali X-ray..lega rasanya bila doktor cakap najis je banyak dalam perut..Sembelit...So doktor bagi ubat lembutkan najis tapi memang ambil masa nak baik..

Lepas discharge dari wad pemerhatian, balik rumah memang Aliah sakit balik. Mama hanya mampu berdoa & suruh Aliah tahan sikit sakit tu..lama-lama ok le sayang...Mama & babah risau sangat..

Semalam dah nampak Aliah dah ok .. So pagi ni babah hantar Aliah ke sekolah dan hari ini juga mama & babah start keje... Mama & babah ambil cuti untuk pantau Aliah kot-kot sakit datang balik..

Lepas ni kena jaga pemakanan. Makan banyak buah, banyak minum air, makan sayur dan diet...


Nasib baik Aliah ok masa nurse cucuk tangan nak ambil darah & masuk tiub tu..mama plak yang rasa tangan mama ni je yang kena cucuk.. Bila mama tanya.. 'sakit tak?' Aliah cakap 'Tak..macam kena gigit semut jer'..Alhamdullillah..kuat anak mama..