Tuesday, 6 January 2015

Sukan Tadika Akif Danish

Sukan Tadika Pasti Akif
9.00 pagi -  3.00 Petang
Padang Batu 14, Hulu Langat

Hari ini nk cerita pasal anak-anak plak..Semalam tadika Akif buat sukan tahunan.. Akif dah excited cerita dari 2 minggu lepas dah. Sebelum exam akhir tahun lagi. Lepas exam hari tu dah sibuk buat latihan sukan..hehe. Akif apa benda pun semua dia excited lebih..mama yer kan je lahh..

Sukan akif bermula pukul 9.00 pagi sampai tengahari. Acara tak banyak pun tapi biasa ler dengan budak2 ni kan..banyak kerenah..ada jugak yang nangis termasuk le akif..

Acara yang akif masuk adalah acara susun tin. Ikutkan sekolah Akif dapat no. 3.. tapi entahla boleh plak cikgu tersepak masa nak tarik murid last pergi ke garisan penamat..habis tin2 tu jatuh balik..tapi cikgu tak ambil kira tu.. mungkin tak ada rezeki Akif dan kawan2..tak pe le next time sukan kiter try lagi yer..tp kat sekolah pra baru Akif ler...

Tapi yang tak bestnya padang tu basah.. tau le budak2 ni memang suka main ngan becak air.. tapi mama & babah memang biarkan jerrr bukan selalu kan. Zaman kanak-kanak sekali jer kan.. takkan lah nak tahan2.  anak nak buat apa2 yang diorang sukakan..asalkan kita sentiasa pantau mereka. Kita dulu pun mcam tu jugak kan?? hehe..

Tapi bila tengok balik kasut & baju sekolah..hahaha..rasa nak pengsan.. tak perrrr 'Daia' kan ada..

Selain dari acara sukan ada booth-booth dan acara yang dibuka antaranya adalah :


  • Pemeriksaan kesihatan
  • Jualan air dan makanan
  • Booth & acara gusti lengan
  • gelongsor angin kanak-kanak
  • Booth & acara memanah


Sempat le mama buat check up gula dalam darah, tekanan darah. Alhamdullillah ok cuma tekanan darah rendah sikit..

Jom layan gambar akif >>

 Tu dia anak mama dah start lari..

Susun jangan tak susun..Masa ni mama pun jerit sebut nama 
Akif..akif..akiff!! Cepatttt!!

dahhh..dahh.. pegi patah balik.. laju juga Akif lari ni..hehe


Akif dan kawan-kawan

Jom ke Discovria Avenue K..tengok Dinasour!!

Cuti sekolah kali ini berpeluang bawa anak-anak tengok dinasour. Punyalah excited budak-budak ni bila cakap nak pergi tengok dinasour. Tiap-tiap hari balik kerja mesti kira hari. Nampak sangat memang dah tak sabar dah. hehehe..

Ahad 31 Disember 2014 bawa anak-anak ke Avenur K.. Mama pun first time pergi sana. Rupanya tak jauh dari KLCC.. Bila dah sampai Akif macam biasa mmg tak sabar-sabar  nak masuk..tunggu jap Akif ambil tiket dulu..

Sebelum masuk ambil gambar dulu kat depan pintu masuk. Suka dengan pintu gerbang ni sebab diperbuat dari kayu pallet.. memang lama nak cari kayu ni sebab boleh buat macam-macam tau..Biasa kat kilang campak-campak je kat tepi jalan tapi semua nya yang buruk-buruk..  Kalau jumpa yang baru mau nak ambik jer dari reput kat tepi jalan.

 Takutnya...

 Bila dah masuk..semua kena pakai vest ala-ala forest ranger gitu... 
Lepas tu kiter tengok intro movie sikit...

 Aliah nak naik rock climbing nak ambil telur dinasour tapi x sampai-sampai.. separuh jalan jer.. gayattt. 
Akif tetiba jadi takut plak..

 Dinasour kejar kiter!! Larikkkk

 Paint ball..main tembak-tembak.. 

 Nampak tak cara akif  peluk dinasour tu sebenarnya dia takut duduk atas dinasour. 
Mula-mula masa masuk bukan berani sangat..pegang2 dinasour. tapi bila suruh naik atas dinasour takut plakkk...


Ada banyak lagi gambar boleh tengok kat blog babah http://redscarz.blogspot.com/2014/12/mengembara-ke-zaman-dinosaurs-discovria.html

Untuk parents di KL yang tak tau nak bawa anak cuti sekolah ke mana..Jom ke Discovria Avenue K.. Kalau biasa anak-anak tengok dalam buku atau tv je kan citer dinasour ni..kat sini mereka lebih dapat terokai dan mengenal dengan lebih dekat lagi apa itu Dinasour..






Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah bahagian di Malaysia Convention and Exhibition Bureau  (MyCEB), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 

Destination Malaysia adalah panduan kembara lengkap yang meliputi semua yang anda perlu tahu tentang pelancongan di Malaysia termasuklah pakej pelancongan, penginapan, tempat tumpuan pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi. 

Bagi yang mengutamakan teknologi di hujung jari, jangan lupa lawati laman sesawang:www.destinationmalaysia.my dan muat turun Aplikasi Telefon Bimbit; dalam IOS dan Android untuk tips pelancongan yang cepat dan mudah. Jangan lupa ikuti Laman Instagram: @DestinationMalaysia dan kongsikan gambar percutian anda dengan #DestinationMalaysia.