Tuesday, 29 April 2014

Kakak & Adik nak periksa..

Semalam dah dapat jadual Ujian Simulasi 1 Tahun 2 bagi tahun 2014.. Kakak nak exam..mama plak yang gelisah.. Macam biasa kalau nak exam ni mulalah mama nak cari soalan-soalan yang lepas yang internet. Walaupun soalan yang ada tidak bukan 100% kerana sekarang dah ada sistem baru pendidikan..At least boleh dijadikan rujukan untuk kakak. Semua soalan kena download, print &  masukkan dalam fail soalan yang mama dah beli..

Antara link bank soalan yang boleh korang tengok adalah :

http://gudangsoalan.blogspot.com/2011/11/pendidikan-islam-tahun-2.html
dan banyak lagi boleh search kat Mr. Google.

Disamping tu belajar & buat ulangkaji dalam buku latihan.

Akif pula bagi tahu mama semalam.. "mama..nanti mggu depan Akif nak periksa. Cikgu suruh baca buku"

Pandaipun Akif bg tau mama, patut mama tengok dalam beg banyak buku..rupa-rupanya cikgu bagi bawa balik ke rumah suruh baca.. "ok nanti kita belajar sama-sama yerrr..."

Malam tu Akif beria bawa keluar semua buku & baca..tapi tak sampai 5 minit Akif dah tutup buku cakap "Mama dah baca semua buku dahhh..." Akif..Akif.. Budak-budak ni tak boleh paksa, tambah-tambah baru 5 tahun macam Akif.. hehe. Tapi pada mama dah ok dah  sebab Akif dah tau apa maksud peperiksaan.

Harap-harap kakak & adik boleh jawab semua soalan..InsyaAllah.....

Apa yang penting sekarang kakak & adik tak boleh >>>


1. Tengok tv...

 2. Main Gadget


Apa yang kakak & adik kena buat adalah>>>

Baca buku....
*Picture from Mr. Google

dan
  Kena tidur awal




No comments:

Post a Comment